Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Logo UME
         
    KETERANGAN
 
    Empat jalur berlingkar melambangkan fokus utama Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. (UME) iaitu:
1. Properties Development;
2. Facilities Management;
3. Industries & Manufacturing; dan
4. Investment & Fund Manager.
Keempat-empat fokus utama tersebut bergabung membentuk kubah menjadikan ianya sebagai tulang belakang kepada UME.
 
 
    Perkataan wakaf dalam jawi melambangkan UME membangunkan hartanah wakaf melalui waqf based development. Ianya akan memberi nilai tambah kepada taraf hidup dan kemaslahatan ummah.  
 
    Perkataan wakaf dalam jawi dinaungi kubah menggambarkan motto UME iaitu "Enriching The Ummah" dan sejajar dengan itu juga, UME sentiasa komited membangunkan hartanah wakaf berpandukan empat teras utama syarikat.

Ianya juga menunjukkan bahawa pembangunan hartanah wakaf dan lain-lain yang akan dilaksanakan di bawah pengurusan Perbadanan Wakaf Selangor sebagai entiti induk UME.
 
 
    Perkataan Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. dan Perbadanan Wakaf Selangor dalam rumi adalah sebagai pengenalan kepada umum bahawa UME adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Wakaf Selangor.

Penggunaan ketebalan tulisan yang berbeza memberi satu gambaran bahawa UME mengorak langkah demi langkah dengan berani (bold moves) dalam meneroka sektor hartanah, pengurusan fasiliti, industri dan pelaburan.
 
 
    Perkataan Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. dalam jawi menunjukkan UME adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh agensi agama.  
 
    Warna merun menggambarkan Urus Maju Ehsan sebagai sebuah syarikat yang progresif, efisyen dan pengurusan yang profesional.  
 
    Warna merah menggambarkan Urus Maju Ehsan sebagai berani, berdaya maju, kreatif dan semangat yang sentiasa membara dalam melaksanakan tugasan / amanah yang diberikan.  
 
    Warna jingga menggambarkan kecemerlangan yang dikecapi berpandukan visi, misi dan objektif syarikat.  
 
    Warna hitam membawa maksud kuat dan teguh menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.