Objektif, Peranan & Tanggungjawab

OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan syarikat UME (M) Sdn Bhd ini adalah bagi:-

a)   Menghasilkan pembangunan yang mampu berdaya saing dapat mencapai matlamat pelaburan yang bijak;
b)   Memaksimakan pulangan manfaat atas hartanah wakaf;
c)   Menghasilkan pelan pembangunan strategik hartanah wakaf secara sistematik dan efektif;
d)   Mendapatkan dana dan sumber kewangan yang terbaik serta mengikut syarak; dan
e)   Menjadi syarikat korporat dalam pengurusan wakaf yang pertama dan terbaik di Malaysia khususnya dengan menawarkan perkhidmatan Pengurusan Hartanah, Fasiliti dan Dana Wakaf.

 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab anak syarikat PWS ini adalah lebih fokus sebagai sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan semua hartanah wakaf milik MAIS, antaranya adalah seperti:-

a)   Melaksanakan pembangunan, menerima pakai dan melaksanakan dasar, cara langkah mengenai pembangunan hartanah sepertimana yang telah ditetapkan oleh PWS;
b)   Bertindak sebagai agensi penyelaras antara pihak perunding, kontraktor dan agensi kewangan yang terlibat di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan hartanah;
c)   Menjalankan kerja-kerja perancangan, pembangunan dan pengurusan hartanah wakaf dengan lebih pesat;
d)   Berusaha mendapatkan dan menguruskan sumber kewangan bagi pembangunan yang akan dijalankan;
e)   Menghasilkan "Business Model" yang mampu mengembangkan perkhidmatan ke seluruh negara;
f)   Memastikan pembangunan yang dilaksanakan mengikut syariat Islam; dan
g)   Merangka kajian terhadap pelaburan hartanah wakaf atau proses Istibdal yang akan dilaksanakan.